Dunia maya yang dicurigai



Alhamdulillah. Hari ini diberi ruang waktu oleh Nya untuk mencoretkan sesuatu dengan harapan ia boleh memberikan sesuatu kepada masyarakat.

Harus terima dunia penulisan blog tidak lagi sepopular dulu. Namun aku memilih untuk terus menggunakannya kerana ia mudah.

Sememangnya betul dunia penulisan di alam maya kini dipenuhi dengan info dan maklumat yang bagus dan baik. Namun tidak kurang juga info-info yang kurang tepat dan berunsur fitnah disebarkan dengan meluas sehingga ada yang telah meruntuhkan institusi kekeluargaan. Malah ada yang lebih dahsyat sehingga menghancurkan sebuah negara.

Pesan saya kepada diri saya dan mungkin juga pembaca di luar sana agar sentiasa waspada dengan sebarang info yang berlegar di dunia maya ini dan jangan mudah terpengaruh.

Sebaiknya sebelum mempercayai dan menerima bulat-bulat sesuatu info, selidiklah dahulu sebelum turut sama menyebarkannya supaya kita tidak turut sama terperangkap dalam dunia fitnah.

Comments